Assalamualaikum dan salam sejahtera

Zarraz Medicare memberikan konsultasi  kesihatan melalui perubatan komplimentari dan alternatif tanpa menggunakan sebarang unsur-unsur drugs yang mempunyai kesan sampingan.  Sebagai seorang ahli perubatan alternatif  dan komplimentari,  saya amat menyakini  Energy Based Medicine , iaitu perubatan-perubatan yang berasaskan Tenaga seperti Homeopathy, Schussler Biochemic, Bach Flower Remedies dan juga Traditional Chinese Medicine yang mengambil kira Ying dan Yang dalam pemakanan seharian.    Juga sebagai seorang yang telah mendapat latihan di bidang Bio Identical Hormone Therapy serta Nutrition & Environmental Medicine,  saya merangkumkan kesemua ilmu yang saya tahu untuk memberikan khidmat nasihat yang terbaik kepada insan  yang memerlukan khidmat saya.

Manusia  dijadikan Allah swt sebagai makhluk  yang sangat sempurna.  Manusia adalah ibarat Bumi Kecil yang lengkap dengan segala macam bentuk keperluan geografi dan mempunyai pelbagai jenis penghuni yang hidup dan sama-sama menumpang hidup dengan kita.  Manusia bukan saja jasad.  Jasad adalah ibarat bumi yang kosong. Manusia mempunyai roh.  Roh yang hanya Allah mengerti peranannya untuk menghidupkan jasad.  Setiap yang hidup, pasti merasakan mati – begitu juga kita, manusia…. Malah penghuni-penghuni ditubuh kita yang telah ditentukan hidup matinya oleh Allah.  Oleh kerana itu, kita tidak boleh menyembuhkan seseorang hanya dengan memperbaiki fizikalnya sahaja.  Jiwa dan akalnya juga harus diberi perhatian yang sama.

Sakit kalau nyerinya terasa  di kepala, bukan bererti “ kesakitan” cuma berlegar di situ.  Seluruh tubuh ini sebenarnya terlibat.  Oleh kerana itu saya melihat sakit secara menyeluruh – saya ingin membuka tabir jiwa, tabir fizikal dan mental.  Bersama Zarraz Medicare juga, saya ingin sebarkan ilmu kesihatan yang perlu anda tahu.  Anda perlu mengenal diri untuk mengenal asal-usul penyakit.  Segala yang kompleks di dalam tubuh kita ini saya cuba ringkaskan, agar anda mendapat kefahaman dan boleh mengagak kenapa anda sakit.

Website ini sengaja saya tulis dapat bahasa Melayu… kerana ramai bangsa Melayu yang mengabaikan kesihatan kerana terlalu naïf dengan apakah yang berlaku di sekeliling kita. Saya ingin menyampaikan konsultasi dan ilmu kepada mereka yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris, kerana di internet terlalu banyak fakta kesihatan yang boleh anda dapati jika ingin belajar – tetapi hamper 90% adalah dalam bahasa Inggeris.

Demi kesihatan, berilah peluang kepada diri anda menuntut ilmu di website ini.  Anda juga boleh mengikuti kuliah-kuliah on-line saya di Facebook Page Zarraz Medicare.Zarraz ingin menjadi konsultan kesihatan anda untuk kesihatan luaran bagi kecantikan dan kesihatan dalaman melalui kaedah perubatan komplimentari dan alternative.  Tiada bahan merbahaya yang akan digunakan untuk merawat dan mengubati sesuatu penyakit.  Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

No comments:

Post a Comment