Schuessler biochemic

Schuessler biochemic

MENGENALI PERUBATAN BIOKIMIA
(Oleh :  Dr. (H) Suraya Ariffin)

Biochemistry ialah nama yang diberi kepada satu sistem perubatan yang diasaskan oleh Dr. Wilhelm Heinrich Schuessler (1821-1898 Oldenburg, Germany) dalam tahun 1873. Kaedah perubatan ini berdasarkan kepada pengubatan sel-sel atau lebih popular dengan nama “Cellular Therapy”. Dr. Schuessler bukan sahaja seorang doktor perubatan tetapi juga seorang ahli kimia (physiological Chemist) dan seorang ahli fizik (physicist) yang dapat memahami dengan mendalam tentang system perjalanan tubuh manusia. 

Biochemistry (selepas ini akan disebut sebagai Perubatan Biokimia) sangat jauh berbeza dari kaedah perubatan biasa kerana ia tidak menggunakan ubat-ubat mentah (drug) ataupun ubat-ubat penekan (suppressant). Sebaliknya ia menggunakan dua belas unsur galian yang seni (inorganik mineral substance) sebagai agen penyembuhan-nya. Garam galian ini dikenali juga sebagai garam-tisu (tissue salts) ataupun garam-hidup yang mana penemuan semasa (current finding) mendapati ianya amat penting kepada kehidupan, tubuh badan dan kesihatan manusia.

Tubuh manusia ini terdiri daripada bermilion-milion sel seni yang hidup. Tiap-tiap satu sel itu terdiri daripada tiga benda yang sangat seni dan tergabung dengan sempurna dan seimbang. Benda itu ialah air, benda-benda organik dan benda-benda inorganik. Air dan benda organik seperti gula, albumin dan lemak menjadi sebahagian besar daripada badan. Tetapi benda inorganik,  walaupun  berada  sangat  sedikit  di dalam  badan, adalah sangat penting dan menjadi pekerja yang aktif menggunakan benda-benda organik dalam membina bermilion-milion sel dalam tubuh badan itu. Umur sel-sel ini adalah sangat pendek. Berjuta-juta daripada sel-sel itu sentiasa mati, namun sebanyak itu pula sel-sel baru menggantikannya. 

Adapun benda perlu di dalam proses pembinaan ini datangnya daripada darah kita. Oleh itu jika darah kita kurang atau kurang mengandungi bahan-bahan inorganik yang aktif dan memberi hidup ini, maka proses pembinaan semula sel-sel tidak dapat berjalan dengan normal dan teratur. Ini boleh mcngakibatkan gangguan dan ketidakseimbangan di dalam badan. Dengan itu wujudlah satu keadaan yang disebut sebagai ‘dis-ease’, yakni ‘tidak senang’. Kita menamakannya sebagai penyakit, dan ia boleh zahir dalam berbagai bentuk dan pernyataan.

Kekurangan atau 'deficiency' salah satu atau beberapa garam hidup ini boleh berpunca daripada beberapa sebab. Antaranya ialah kemalangan-kecederaan, peracunan-diri (self-poisoning) dan pengaruh-pengaruh luar dan dalam yang sains masih lagi tidak dapat menerangkannya. Tetapi yang nyata dapat kita lihat ialah adanya penyakit atau gangguan dalam kerja badan, satu gangguan yang menghalang kerja-kerja penyerapan (assimilation) dan penghantaran bahan-bahan hidup. 

Jika sel-sel tidak mendapat makanan yang diperlukannya dan tidak dibersihkan daripada bahan-bahan tinggal atau hampas beracun hasil daripada kerja-kerja sel itu, maka satu keadaan tidak-sihat tidak dapat dielakkan.

Mengikut kajian Dr. W.H. Schuessler, tubuh badan manusia mengandungi 12 unsur yang asas. Kekurangan salah satu daripadanya akan menimbulkan beberapa gelaja penyakit yang menunjukkan wujudnya kekurangan yang sedang berlaku di dalam badan. Jika bahan yang kurang itu di bekalkan semula dalam bentuk yang boleh diserap terus oleh sel-sel yang memerlukannya, maka keseimbangan dan keharmonian akan kembali semula dan gelaja-gelaja  penyakit akan hilang. Dengan itu barulah ujud semula kesihatan.

Dua belas penawar yang dicipta oleh Dr. Schuessler dipanggil 'penawar biochemic’ atau 'garam-tisu' (tissue-salts) atau 'garam-sel' (cell-salts). Ia sama sekali tidak merbahaya dan bukanlah drug. Penawar-penawar itu merupakan sebahagian daripada tubuh badan yang diperlukan dan tujuan ahli biokimia memberinya adalah semata-mata bagi mengisi kekurangan yang sedang berlaku. 


  1. Calcarea Flourica 7.  Kalium Sulphuricum
  2. Calcarea Phosphorica 8.  Magnesium Phosphoricum
  3. Calcarea Sulphurica 9.  Natrium Mutriaticum 
  4. Ferrum Phosphoricum 10. Natrium Phosphoricum
  5. Kalium Muriaticum 11.  Natrium Sulphuricum
  6. Kalium Phosphoricum 12.  Silica Terra




Calc sulph 6x (Calcium sulphate)               
Menyembuh penyakit Kulit. Sebahagian atau keseluruhan dari darah,jerawat,jerawat sewaktu akil baligh,masalah kulit yang lambat sembuh,bibir merekah/pecah.








Kali Sulph 6x (Potassium Sulphate)


Untuk masalah kulit : Memulihkan masalah kulit yang gatal,beruam, dan kulit nampak berminyak dan kotor,rambut gugur dan penyakit pada kuku.




Natr Sulph 6x (sodium sulphate)Simpstom Selsema : Ia merupakan "garam untuk hati" Membuang cairan lebihan dalam tubuh, masalah hati dan hempedu.





Natr Mur 6x (sodium chloride)

Cairan dalam tubuh : Terlalu kering atau terlalu banyak cecair di mana-mana bahagian tubuh,selsema,aliran air mata,atau hilang deria bau rasa.


























No comments:

Post a Comment