Willow -38



 Willow adalah penawar bagi seseorang yang selalu membenci dirinya dan menganggap hidup ini tidak adil baginya.  Sikap Willow adalah dia sering merasa tidak senang dengan kejayaan dan kebahagiaan orang lain, malah sukar untuk mengakui bahawa hidup mereka sebenarnya tidaklah seteruk mana.  Mereka suka berleter dan kemudian rasa benci atau kasihan pada diri sendiri. Penawar Willow dapat menghidupkan rasa optimis dan yakin diri.  Ianya juga membantu hati individu itu lebih lembut dan bersikap baik sangkat kepada orang lain dan ia akan menyedari bahawa setiap sikap negatifnya itu  akan menarik segala perkara yang tidak baik kepada dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment